news center

2016.03.11

Forest City diisytihar kawasan bebas cukai

Article From:    Page View:447

ISKANDAR PUTERI 6 Mac - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytiharkan projek pembangunan bandar pintar, Forest City di sini sebagai kawasan bebas cukai.

Beliau turut menyatakan bahawa kerajaan bersetuju untuk memberikan galakan cukai korporat kepada syarikat-syarikat yang melabur di projek yang dibangunkan di empat pulau buatan itu bagi menggalakkan aktiviti perniagaan.

Beliau mengumumkan keputusan kerajaan tersebut dalam majlis perasmian Forest City yang disempurnakan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, sebentar tadi.

Selain itu, tiada kekangan terhadap ekuiti asing di kawasan berkenaan.

Projek Forest City yang berkonsepkan hijau dan mesra alam mampu menyediakan kemudahan selesa kepada kira-kira 100,000 penduduk untuk tinggal dan be­kerja.

Terletak di kawasan seluas 1,370 hektar dan melibatkan pelaburan komited kira-kira RM170 bilion, Forest City akan mengambil masa sehingga 20 tahun untuk dibangunkan dan menyediakan lebih 220,000 peluang pekerjaan baharu menjelang 2035.



From:Utusan Online(http://www.utusan.com.my/berita/nasional/forest-city-diisytihar-kawasan-bebas-cukai-1.197610)